Keputusan Innoplen 2023
Penilaian Juri dan Sesi Pitching (secara online)
Tarikh : 14 Ogos 2023
Jadual Pitching
1) Kategori Inovasi Fizikal (JADUAL 1, JADUAL 2, JADUAL 3, JADUAL 4)
2) Kategori Inovasi Pendidikan (KLIK DISINI)
3) Kategori Inovasi Produk Digital ( JADUAL 1 , JADUAL 2)
-
Terma dan Syarat Pertandingan Tik Tok Pitching Competition 2022
(TTPC 2022)
1.0 PENGENALAN
Pertandingan Tik Tok Pitching Competition 2022 (TTPC 2022)dijalankan secara maya sepenuhnya
2.0 TEMA
Catchy & Creative
3.0 SYARAT PERTANDINGAN
3.1 Pertandingan Pitching ini terbuka kepada semua pelajar Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah.
3.2 Terdapat dua (2) kategori penyertaan iaitu:
1. Pelajar yang mengambil kursus Keusahawanan
( 50 penyertaan pertama sahaja)
2. Terbuka
(50 penyertaan pertama sahaja)
3.3 Setiap penyertaan WAJIB menghantar video Tik Tok pendek berdurasi 2 minit yang hanya menjelaskan tentang produk secara pitching.
3.4 Penyertaan adalah secara duo (dua ahli). Ahli kumpulan adalah mengikut senarai dalam borang penyertaan dan sebarang pindaan adalah tidak dibenarkan.
3.5 Penyertaan mestilah disertai dengan seorang mentor (pensyarah). Mentor boleh menyelia lebih dari satu penyertaan.
3.6 Semua bentuk pitching perlu menggunakan sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sahaja.
3.7 Format penghasilan video adalah bebas tetapi masih lagi mementingkan nilai-nilai murni dan tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.
3.8 Semua penyertaan pertandingan akan menerima e-sijil.
3.9 Panel hakim pertandingan akan menilai dan memilih pemenang product pitching bagi 2 kategori pada 25 Mei- 27 Mei 2022. Sila rujuk Carta Alir Pertandingan bagi maklumat lanjut.
4.0 FORMAT PERTANDINGAN
4.1 Idea Tik Tok pitching mestilah daripada penjanaan idea sendiri dan bukan plagiat. Walau bagaimanapun, adaptasi penambahbaikan idea sedia ada boleh diterima pakai selagi aspek penambahbaikan tersebut merupakan faktor utama kepada hasil kreativiti.
4.2 Penerapan sekurang-sekurangnya 5 elemen dari Business Model Canvas (BMC) ke dalam Tik Tok Pitching
4.3 Tik Tok Pitching yang dipertandingkan mestilah sesuai dengan kategori yang disertai. Tik Tok Pitching yang pernah memenangi mana-mana anugerah peringkat kebangsaan adalah tidak layak dipertandingkan dalam pertandingan ini kecuali terdapat bukti penambahbaikan atau pengubahsuaian disertakan.
4.4 Spesifikasi video Tik Tok pitching
-Durasi video Tik Tok pitching adalah maksimum 2 minit. Video yang melebihi 2 minit akan dibatalkan penyertaan.
- Hanya satu (1) rakaman video sahaja bagi setiap penyertaan.
- Rakaman video perlu dihantar menerusi aplikasi Tik Tok dan calon dikehendaki mengemaskini url / link rakaman video ke website POLISAS Borang Penyertaan bermula dari 16 Mei 2022 hingga selewat-lewatnya pada 23 Mei 2022.
4.5 Penilaian Dan Anugerah Pertandingan Pitching
4.5.1 Penilaian akan dilaksanakan oleh panel penilai berkecuali. Keputusan panel penilai adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
4.5.2 Penilaian adalah berdasarkan kepada 10 kriteria berikut:
· Pengenalan
· "Business Model Canvas (BMC)"
· Produk / Perkhidmatan
· Kelancaran dan Kejelasan
· Audio Visual
· Kreativiti
· Pengorganisasian
· Penyampaian
· Pengurusan Masa
· Kesimpulan
4.5.3 Tarikh tutup penyertaan ialah sebelum atau pada 23 Mei 2022. Rakaman video yang dihantar selepas tarikh tersebut tidak akan diperaku
4.5.4 Peserta perlu melengkapkan borang penyertaan seperti dalam Borang Penyertaan
4.5.5 Tiada yuran penyertaan dikenakan kepada peserta
4.5.6 Peserta tidak perlu membuat pembentangan secara maya kerana penilaian juri hanya menerusi link yang telah dimuatnaik.
5.0 Hadiah Pertandingan
5.1 Pemenang pertandingan akan menerima hadiah berupa e-sijil dan wang tunai bagi setiap kategori dengan nilaian seperti berikut :
Tempat Pertama : RM 200
Tempat Kedua : RM 150
Tempat Ketiga : RM 100
Saguhati
Tempat Keempat sehingga Kesepuluh : RM 40
Sebarang pertanyaan mengenai pertandingan boleh menghubungi Puan Nur Hanani (0199195354) dan Puan Suriati (0111096 7579 )
Carta Alir Pertandingan Tik Tok Pitching Competition 2022
(TTPC 2022)