Syarat Pertandingan

Hubungi Kami

Hubungi Kami

 

 

 

Kategori Pertandingan 

INNOPLEN 2023
Kategori
Inovasi produk fizikal
Inovasi produk digital
Inovasi pendidikan

Syarat Pertandingan

INNOPLEN 2023
Syarat & Panduan
Penyertaan terbuka kepada semua pelajar dan pensyarah dari Politeknik, Kolej Komuniti dan IPT/IPTS seluruh Malaysia.
Penyertaan adalah secara individu atau kumpulan (maksimum 5 orang peserta).
Setiap penyertaan perlu menyediakan poster inovasi (Wajib: Semua peserta), video pembentangan inovasi (Wajib: Semua peserta) dan lanjutan abstrak/ extended abstract (Wajib: Semua peserta) mengikut format yang disediakan.
Panduan penghantaran poster inovasi:
- Poster bersaiz A3 dan potret (menegak).
- Penghantaran poster adalah
wajib bagi semua peserta.
- Format fail untuk penghantaran adalah pptx atau pdf.
- Kandungan yang perlu ada di dalam poster - rujuk kepada contoh templat poster yang disediakan oleh penganjur.
- Pastikan poster yang disediakan informatif, mudah dibaca dan senang difahami oleh pembaca.
Panduan penghantaran video pembentangan inovasi:
- Video penyertaan perlu disediakan dalam durasi tidak lebih dari 3 - 5 minit sahaja.
- Penghantaran video adalah
wajib bagi semua peserta.
- Video perlu di muat naik ke channel
Youtube dengan meletakkan #INNOPLEN2023 dan menghantar pautan link tersebut di link penghantaran.
- Video yang hantar kemungkinan akan digunakan oleh penganjur bagi tujuan perkongsian kepada umum melalui media sosial dan kredit akan diberi kepada pemilik karya.
Panduan penghantaran extended abstract:
- Penghantaran lanjutan abstrak/extended abtract adalah
wajib bagi semua peserta.
- Penulisan extended abstract boleh dibuat dalam
Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
- Format fail untuk penghantaran adalah
word.
- Bilangan halaman
sekurang-kurangnya 3 – 5 mukasurat termasuk rujukan.
- Format dan kandungan penulisan boleh merujuk kepada contoh format extended abstract yang disediakan oleh penganjur.
- Penulisan extended abstract
yang lengkap dan mengikut format yang ditetapkan oleh penganjur sahaja akan diterbitkan dalam e-Prosiding INNOPLEN 2023.
Panduan sesi pitching
- Semua peserta perlu hadir dan bersedia untuk sesi penilaian juri yang dilaksanakan secara
online.
- Peserta adalah dikehendaki untuk mematuhi tarikh dan masa yang telah ditetapkan oleh penganjur.
- Masa dihadkan selama 10 - 15 minit untuk sesi soal jawab.
Setiap individu/ kumpulan perlu memilih seorang sahaja pembentang dan perlu hadir secara talian semasa sesi pitching. Pembentang akan diberikan (1) e-sijil pembentangan.
Setiap individu/ kumpulan perlu memilih kategori inovasi yang bersesuaian berdasarkan bentuk produk inovasi yang dihasilkan.
Yuran adalah sebanyak RM 150.00 bagi setiap penyertaan. Tarikh akhir pembayaran pada 7 Ogos 2023.
Setiap penyertaan akan diberikan satu (1) e-sijil penyertaan, satu (1) e-sijil anugerah dan satu (1) medal sahaja.
Bayaran akan dikenakan sekiranya peserta memerlukan medal tambahan. Satu medal tambahan beserta bayaran pos adalah RM 50.00 (Semenanjung) dan RM75.00 (Sabah dan Sarawak)
Nama yang tertera di dalam sijil adalah berdasarkan ejaan dan turutan semasa pendaftaran atas talian.
Keputusan juri adalah muktamad.

 

 

Bayaran


Maklumat Bayaran

INNOPLEN 2023
Pembayaran (7 Ogos 2023: Tarikh Akhir)
Nama Akaun KOPERASI PUSKEP BERHAD
Nama Bank BANK RAKYAT
Nombor Akaun 1101119844
Muat turun (bukti pembayaran) http://myevent.polisas.edu.my/loginuser.php
Yuran Penyertaan RM 150.00